Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

HARI-HARI PUTIH


Kalau boleh aku ingin mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis, dan pada hari-hari putih (ayyam al-baidh), 13, 14 dan 15 setiap bulan Islam (kecuali zulhijjah). Mengikuti kelas tafaqquh Dr. Asming, seorang pensyarah. Beliau juga mengakui turut mengamalkan berpuasa pada hari-hari tersebut. Sedikit-sebanyak menaikkan semangat diri ini untuk juga tetap berpuasa pada hari-hari tersebut. Moga sentiasa diizinkan dan dipermudahkan.

Hari ini, mengikut perancangan awal nak puasa (hari ke-13). Tapi terbangun lambat dan tak sempat nak bersahur. Namun, digagahkan juga diri untuk teruskan puasa. Kononnya tidak mahu terlepas ayyam al-baidh.

Nak dijadikan cerita, aku ziarah blog ini beberapa ketika. Tengok fasa bulan kat side tepi ni. “Fri, 30 Oct 09, 11 Dh Qa’ida 1430”.

Aku bermonolog sendiri, “Eh, program ni salah ke? Bukan ke hari ni 13 Zulkaedah? Kat calendar tulis hari ni 13..??”

Aku memeriksa kembali calendar. Akhirnya, jumpa jawapan. Memang hari ini hari ke-13. Tetapi mengikut bulan hindu. Mengikut tarikh Islam, hari ini 11 Zulkaedah. Aku yang salah tengok calendar rupanya. Huh.

So? Hari ni tak jadi nak puasa.. he.

0 comments:

Post a Comment