
Selain memperbanyakkan amalan zikir, kita juga digalakkan untuk melakukan solat-solat sunat seperti, Solat Sunat Isyraq, Sunat Istikharah, Sunat Dhuha, Sunat Rawatib, Sunat Tahajud, Sunat Witir dan sebagainya. Selain berharap untuk mendekatkan diri kepada Allah, banyak lagi kelebihan melakukan solat-solat sunat ini selain mempunyai ganjaran yang besar. Amalan ahli-ahli sufi terdahulu.
Walaupun begitu, aku di sini hanya menyampaikannya sahaja. Pesan daripada seorang pensyarah. Moga menjadi peringatan untuk diri ini juga. Diri sendiri ni pun malas. Kalau ada terbuat pun tiada istiqamahnya.
Kata salah seorang pensyarahku juga, antara yang disampaikan oleh gurunya. Kadang-kadang, kita malas atau berat nak buat amal ni sebab 7 anggota zahir kita belum bersih. Allah belum mengizinkan mereka yang kotor anggota zahir ini untuk beribadah kepadanya. 7 anggota zahir itu: Mata, Telinga, Lidah, Perut, Kemaluan, 2 Tangan, dan 2 Kaki. Untuk kupasan lebih lanjut, marilah membaca kitab Penawar bagi Hati karangan as-Syeikh Abdul Qadir ibn Abdul Muthalib al-Andalusi al-Mandili Ghafarallahulahu.. Ameen.
Namun begitu, jika kita berasa rajin nak solat dan melakukan amalan-amalan lain, itu antara petanda amalan kita diterima. Tetapi, tetap perlu diwaspadai, jangan kita tertipu dengan diri sendiri pula. Menganggap baik akan diri sendiri. Pendek kata tertipu dengan hasutan syaitan. Boleh jadi, kita akan memiliki sifat riya’. Nauzubillah min zalik.
Apapun, sama-samalah kita berdoa dan usaha untuk beramal dan dikurniakan rasa ikhlas dan istiqamah. Maklum sahaja, hidup di dunia ini hanya persinggahan. Hanya menumpang pula. Tiada amalan, maka tiadalah bekalan untuk bertemu denganNya nanti. Rabbuna ar-Rahman wa ar-Rahim..
Ya Allah, kurniakan kami rasa cinta kepadaMu, juga rasa cinta kepada RasulMu Rasulullah Muhammad SAW. Izinkan kami menatap wajah RasulMu, walau hanya didalam mimpi. Ameen..
* Kalau ada informasi yang salah atau tak kena kat mana-mana minta dibetulkan. Syukran.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment