Penawar bagi Hati
Pelita Penuntut
Wisyah al-Afrah
Di awal-awal semester lalu, aku dan rakan-rakan telah meminta persetujuan seorang pensyarah untuk mengajarkan Feqah. Menurut perancangan kami yang tak tahu apa-apa ni, pada mulanya hanya meminta untuk belajar kitab Fiqhul Manhaji. Namun, atas ilmu yang ada pada pensyarah tersebut, ia megesyorkan kami untuk mengaji kitab-kitab lama/kitab turath bersamanya.
Kelas untuk mengaji kitab ini diadakan dua kali seminggu. Bi masyiatillah. Hari Rabu dan Jumaat. Hari Rabu (3-5pm), kami belajar 2 kitab, iaitu: Pelita Penuntut dan Wishah al-Afrah. Hari Khamis (10-12pm) 2 kitab juga: Penawar bagi Hati dan Syarah Matan Abi Syuja’/Fathul Qarib.
Serba ringkas tentang kitab-kitab yang dipelajari:
1. Pelita Penuntut/Ta’lim Muta’allim: Belajar tentang adab-adab belajar, adab dengan guru..etc
2. Wisyah al-Afrah: Feqah
3. Syarah Matan Abi Syuja’/Fathul Qarib: Feqah.
4. Penawar bagi Hati: Belajar tentang perihal hati, agak menjurus kepada ilmu Tasawwuf.
Kelas ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelapangan. InsyaAllah, padanya manfaat majlis ilmu. Yang menjadi pengajarnya seorang pensyarah daripada Fakulti Syariah dan Undang-undang. Apapun, aku rasa bertuah menjadi antara yang terpilih untuk mengikuti kelas tersebut.
Alhamdulillah, setakat ini sudah beberapa kali aku dan rakan-rakan mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Mengikut kata pensyarah yang mengajar, ia menggunakan teknik dan kaedah pembelajaran seperti belajar di pondok-pondok. Menerangkan kaedah pengarang menulis kitab, menjelaskan makna kalimah satu persatu, kaedah nahu dan lain-lain lagi.
Belajar dengan kaedah pembelajaran di pondok ini terkadang agak mengantuk. Tapi, kalau rasa mengantuk itu dilawan, insyaAllah, dengan mata dah pedih pun masih boleh meneruskan pengajian. Dalam masa yang sama berdoa, moga Allah sentiasa membantu mencerahkan mata ni untuk belajar. Diselang selikan dengan cerita dan kisah-kisah yang tertentu, rasa mengantuk hilang. Alhamdulillah.
Pesan Ustaz tentang ingatan yang perlu dipegang semasa mengaji kitab ni: Jangan melihat kepada ketebalan kitab dan nak cepat habiskan kitab itu, tetapi pandanglah kepada apa yang boleh didapati semasa sesi pengajian itu dijalankan.
Ustaz juga memberikan kami beberapa zikir untuk dijadikan amalan. Di ambil daripada amalan-amalan wali. Ada antaranya amalan yang dipanjangkan oleh Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad, bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Ada juga yang dipanjangkan daripada ayah Dato’ Hj. Mohd Murtadza, Almarhum Tuan Hj. Ahmad bin Hj. Mohd Said (Bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, tahun 1960M. Siapa yang nak boleh amalkan dan dipanjangkan, siapa yang tak nak beramal dengannya tidak mengapa, namun jangan sampai menghina atau mengutuk mereka yang menyampaikan dan beramal dengannya. Siapa kita untuk menuduh, menghina dan merendah-rendahkan orang lain. Wallahu a’lam.
Antara zikir amalan:
صلوات عظمية
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيمِ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيمِ وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ الْعَظِيمِ أَن تُصَلِّي عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِ اللهِ الْعَظِيمِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ الْعَظِيمِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ اللهِ الْعَظِيمِ تَعْظِيماً لِحَقِّكَ ياَ مَوْلاَناَ ياَ مُحَمَّد ياَ ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَماَ جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوحِ والنَّفْسِ ظاَهِراً وَباَطِناً يَقَظَةً وَمَناَماً وَجْعَلْهُ ياَ رَبِّ رُوحاً لِذَاتِي مِن جَمِيعِ الْوُجُوهِ فِي الدُّنْياَ قَبْلَ الآخِرَةِ ياَ عَظِيم
(Dipanjangkan oleh: Almarhum Tuan Hj. Ahmad bin Hj. Mohd Said, bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, tahun 1960M)
Ayat Syifa
1. وَيَشْفِ صُدُورُ قَوْمٍ مُؤْمِنُونَ (سورة التوبة: 14)
وَشِفَآءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ (سورة يونس: 57).2
يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَآءٌ لِلنَّاسِ (سورة النحل: 69).3
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ (سورة الإسراء: 82).4
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ (سورة الشعراء: 80).5
6.(قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدًى وَشِفَآءٌ (سورة فصلت: 44
(Oleh: al-Syeikh Abi Qassim al-Qusyairi. Dipanjangkan oleh: Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad, bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)
Untuk Keselamatan dan Kesentosaan daripada Penyakit
تَحَصَّنْتُ بِذِي الْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ واعْتَصَمْتُ بِرَبِّ الْمَلَكُوتِ وَتَوَكَّلْتُ عَلَى الْحَّيِ الَّذِي لاَ يَمُوتُ اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذاَ الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ وَالطَّعُونَ والْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ والْحَمْدُ للهِ رَبِ الْعَالَمِينَ.
(Dipanjangkan oleh: Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad, bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)
Doa Sidi Ahmad
"اللَّهم واجعلْ وجْهك الكريم مقصودي في كل شيء، وفرّحني بوجهك الكريم في كل شيء، ونعمني بوجهك الكريم في كل شيء، وقبل كل شيء وبعد كل شيء وحيث لا شيء. ولا تحْجُبني عن وجهك الكريم في الدنيا ولا في الآخرة بشيء، يا من رحمته وسعت كل شيء، يا من لا يَشْغَلُهُ شيءٌ عن شيء، يا من بيده ملكوت كل شيء، يا من لا يَخْفى عليه من عباده شيء، يا من ليس كمثله شيء، يا من لا يُعْجِزُه شيءٌ. وصلى الله على مولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله"
(Sidi Ahmad bin Idris r.a. antara ulama sufi dan qutub dunia selain S. Abd Qadir al-Jilani, al-shazili etc. sohib Tariqah al-Ahmadiyyah)
Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.
Moga diberikan kepada pengarang kitab-kitab ilmu rahmat dan kasih-sayangNya. Moga keampunan dan redha Allah ada kepada Ustaz yang mengajar, pelajar-pelajar yang belajar. Moga diberikan hidayah dan keberkatan hidup kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyediakan tempat untuk kami gunakan untuk belajar.
Ya Allah, satukan hati-hati umat Islam dimana sahaja mereka berada. Dekatkan hati kami dengan kekasihMu, Rasulullah Muhammad SAW. Hidupkan hati kami dengan Nur daripadaMu. Al-Fatihah. Ameen.
* Kalau ada informasi yang salah atau tak kena kat mana-mana minta dibetulkan. Syukran.
* Harap maaf. Tulisan untuk zikir amalan tu mungkin kurang jelas, mungkin boleh copy kat pc sendiri je..
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment