Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

SAHABAT DI PERANTAUAN


Sambil-sambil melayari ruang maya, singgah sejenak di laman rakan-rakan. Ada gambar terbaru rakan-rakan. Tertancap pada gambar sahabat yang hampir dua tahun di Mesir. Rindu. Khabarnya, sahabat aku yang satu itu akan pulang bercuti Julai ini. Tak sabar tunggu kepulangannya.

Malaysia, tanah air kami. Pahang, negeri kebanggaan kami. Temerloh, daerah yang mengeratkan kami. Kulliah Sultan Abu Bakar, Pekan, tempat kami bersama hadapi dugaan bersahabat. Al-Wusto, tempat bermulanya detik-detik perkenalan dan mencipta kenangan dan memori bersama..

Bagi aku, definisi SAHABAT berbeza dengan kalimah kawan, rakan, teman dan sebagainya.. kawan, teman dan rakan ada di mana-mana.

Mengapa aku menggelarnya SAHABAT??

Mengapa dia??

Kerana…

Dialah sahabat..

Satu-satunya sahabatku..

Dia yang aku kenali..

Tidak sama dengan yang lain..

Padanya aku ucapkan ungkapan terima kasih yang tidak ternilai harganya, seperti nilai harga dirinya pada pandanganku..

Moga dipermudahkan segala urusannya dunia & akhirat..

Waktu muda-muda dahulu, aku pernah hulurkan sebuah lirik lagu khas untuknya (fikiran tak matang aje, main bagi-bagi lirik pulak). Aku pun dah lupa bila waktunya. Yang membuatkan aku terasa dihargai, aku dikhabarkan bahawa sahabat itu masih mengingati dan menyimpan lirik itu . Helaian yang aku hulurkan padanya. Terima kasih sahabat..

Dan, kandungan helaian itu..

SEBUAH PERTEMUAN

Unic

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

0 comments:

Post a Comment