Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

SALAH FAHAM??


Teringat aku tentang seseorang, salah fahamkah dia terhadap diriku? Seakan ada beban di dada saat mengimbas tentang perkara itu. Atau hanya aku yang berprasangka sedemikian? Aku berteman dengan siapa sahaja yang mahu bertemankan aku. Jika dia baik terhadapku, aku tidak teragak2 untuk membalas dengan yang baik juga. Namun, masih berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Teman tetap teman, tidak terlintas untuk mengganggunya, untuk menganggap lebih daripada had seorang teman. Aku hormati dia sebagai temanku. Dia juga banyak berjasa padaku. Tak mungkin untuk aku mengkhianatinya.

Namun, hati ini tidak terlepas dari memikirkan dan membuat andaian. Salah fahamkah dia terhadap aku? Lantas, dia mahu menjauhkan dirinya daripadaku? Aku tidak begitu kisah andai itulah yang dimaksudkannya. Tidak mengapa jika itu difikirkan untuk kebaikan bersama. Dan aku, akan bantu dia untuk menjauhkan diri daripadaku. Bantu dengan caraku sendiri..

0 comments:

Post a Comment