(sumber: http://pondokhabib.wordpress.com/)
Bagaimana keadaan hati ini,
Jika dalam setahun itu,
Tidak berpeluang menghadiri majlis Ilmunya???
Sungguh,
Aku tidak dapat menggambarkan keadaan aku ketika itu…
Belum lagi Rasulullah sollahu ‘alaihi wa sallam…
Dalam sehari sahaja,
Belum melihat Rasulullah,
Membuatkan wajah mereka pucat lesu,
Tidak lalu untuk makan kecuali setelah melihatnya,
Menangis di sepertiga malam mereka,
Mengadu kerinduan terhadapnya,
Maka,
Cinta apakah yang Engkau letakkan dalam hati mereka ini,
Hingga mereka bersikap demikian???
Kata2 seorang ukhti,
Apabila ditanya,
Kenapa kita tidak ditemukan pada Rasulullah sebelum di akhirat lagi,
Maka,
Soalan yang pertama yang perlu ditanya kembali,
‘ADAKAH KITA MAMPU UNTUK BERPISAH DENGANNYA WALAU HANYA SEKETIKA???’
Sungguh kamu tidak mampu berpisah dengannya….
"Aku tunggu kalian di telaga khaud…" ~ Riwayat oleh Imam Bukhari.
Jadikan kerinduan ini sebagai satu kemanisan Iman…
0 comments:
Post a Comment