Hidup memang tidak lengkap tanpa ujian. Bukanlah namanya kehidupan andai tiada ujian. Bergantung kepada diri sendiri bagaimana caranya untuk menghadapi tiap ujian itu. Tidak perlu bersedih. Itu untungnya menjadi Muslim. Kerana kita percaya, Allah itu ada sebagai tempat mengadu. Selain itu, kita juga yakin dengan mafhum firmanNya, Allah itu tidak akan memberati hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu bagi hamba-hambaNya. Jadi?? Tidak perlu untuk terus-menerus bersedih hati dalam beberapa perkara. Bersedih atau menangis kerana Allah dan RasulNya tidak mengapa.
Sekadar peringatan buat diri ini sebenarnya. Selepas lama menghilang, 'penyakit' lama aku bertandang kembali. Aku berharap sekali dapat mengalahkannya kali ini. Syaitan memang selalu mencari peluang untuk melalaikan aku daripada mengingati Pencipta ku. Syaitan-syaitan ini tahu aku lemah untuk melawan penyakit itu. Sentiasa merayu-rayu agar tergoda dengan keindahan yang sebenarnya merupakan penyakit yang merbahaya.
Penyakit apakah itu? Mengikut pemerhatianku, penyakit ini selalu melanda mereka yang dalam lingkungan usia seperti aku ini. Mungkin juga hanya aku seorang yang berpenyakit begini. Penyakit mengimpikan golongan berlainan jenis dan panjang angan-angan.
Terlalu berterus-terangkah aku ini? Biarkan, biar tahu malu sikit! Selagi tidak berterus-terang, aku ini tidak pernah nak sedar! Aku kini sedang marah. Marah dengan diri sendiri. Jangan berani nak dekat dengan penyakit itu lagi! Aku kini punya misi. Sampai bila nak tunduk pada nafsu? Sampai bila nak jadi hamba pada syahwah? Belum tibakah masanya untuk diri ini mengalahkan nafsu?? Belum tibakah waktunya untuk menjadi raja kepada nafsu??
Engkau telah belajar tentang Allah dan RasulNya. Namun, dimana kau letakkan semua pengetahuan itu?? Duhai diri, lupakah engkau. Hal-hal begini lah yang menutup hatimu untuk mengenal Allah dan RasulNya. Menjauhkan dirimu daripada mencintai Dia dan kekasihNya. Kau bertuah kerana dipilih untuk belajar tentang agamaNya, namun boleh jadi kau akan menjadi makhluk paling
Kau katakan ingin mencintai Allah. Namun, di mana usahamu? Pernahkah engkau berkorban untuk meraih cinta itu?
Seringkali pula kau mengatakan rindu, menginginkan pertemuan dengan kekasih Allah Rasulullah SAW.. Namun, apa sahaja yang telah kau perbuat??
0 comments:
Post a Comment