Suriati bt Shaharudin. Dia tetap sahabatku yang terbaik. Dia yang menerima aku saat aku seorang yang tidak diperlukan. Dia yang menghargai aku tika aku tidak dihargai. Cuma aku yang tidak pernah menghargainya.
Kepulangannya ke Malaysia baru-baru ini juga sedikit sebanyak mengubat rindu. Walau hanya 1 atau 2 kali bertemu. Aku rasakan ia sedikit berubah, namun dinafikannya. Katanya, dia tetap seperti dulu. Aku sahabatnya. Fikirku, aku sahaja yang terlalu sensitive. Aku yang pentingkan diri sendiri.
Dia kembali ke Mesir setelah beberapa bulan bercuti di Malaysia. Ku bimbangi fikiran dan tingkahku yang tidak matang melukakannya. Namun, sekalipun tidak pernah diluahkan ketidakpuasan hatinya tentang diriku. Hanya merahsiakan dalam diri. Paling tidak di dalam diari hariannya.
Pulangnya ia ke Mesir tanpa sempat bertemu. Maafkan aku sahabat. Aku tertidur apabila balasan mesej daripadamu tiba. Mesej yang seakan mengharapkan seseorang untuk menguatkan langkahmu pulang ke Mesir. Tapi aku tahu, kamu kuat. Kamu berjiwa kental. Bersemangat besar.
Apapun. ucapan terima kasih yang tidak terhingga buatnya. Keychain yang tertera namaku itu adalah hadiah pemberiannya sebelum pulang ke Mesir.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment