Nukilan Hati..

Seorang wanita, anak, isteri dan ibu..

BABA

Selepas tamat peperiksaan bagi subjek Tarannum, ada perjumpaan mentor mentee di fakulti. Ustaz Syed Najihuddin adalah mentorku. Beliau mengesyorkan para mentee memanggilnya dengan panggilan ‘Baba’. Hal ini bagi mewujudkan suasana yang akan merapatkan hubungan antara mentor dan mentee. Uhuhu. Amat tidak biasa bagiku menyebut perkataan ‘Baba’ itu. Malu je rasanya. Apapun, aku cuba biasakan juga kot.

Dipendekkan cerita, sewaktu sesi perjumpaan yang telah diadakan, Baba telah memperkenalkan kami kaedah memiliki jadual atau perancangan harian yang teratur. Kaedah tersebut adalah dengan membuat ‘to do list’. Aku pernah juga tahu tentang hal ini. Pernah juga mempraktikkan, tapi bukan untuk jadual harian. Kiranya, agak kurang disiplin dalam mengikuti jadual tersebut. Bertangguh dan sebagainya.

Beza dengan kaedah yang Baba syorkan adalah; ‘to do list’ itu perlulah dibuat setiap hari. Sebelum tidur, pastikan kita dah senaraikan apa perancangan yang akan dibuat esok hari. Kalau tak sempat nak habiskan perkara-perkara dalam senarai tersebut, boleh bawa kepada hari seterusnya dengan menjadikan perkara tersebut sebagai perkara utama yang akan dilakukan pada hari berikutnya (boleh faham ke ayat aku nih??). Namun, semua perkara ada disiplin tersendiri kan. Aku nak cuba buat jugak, walaupun diri ini amatlah ‘berdisiplin’. Hu.

Baba turut menyelitkan pentingnya menyediakan target yang tinggi dalam menghadapi suatu parkara. Contohnya dalam menghadapi peperiksaan. Kebanyakan pelajar selalu membuat target yang rendah. “Aku lulus pun kira ok lah..”. Ini adalah suatu kesilapan. Adalah lebih baik jika pelajar tersebut mengatakan, “Aku akan dapat A untuk semua subjek..”. Harapan tersebut bukanlah menjamin kita akan memperoleh semuanya, namun semua itu boleh menjadikan kita berusaha untuk menjadikannya sebagai realiti. Andai kita tersasar sekalipun, tidak jauh.

Baba memberi contoh orang yang ingin memanah. Jikalau seseorang membuat target untuk menyasarkan anak panahnya dihujung-hujung sahaja, kemungkinan untuk tersasar amat besar. Alangkah baik untuknya membuat target yang tinggi. Ingin menyasarkan anak panahnya di pusat bulatan. Panjang lagi huraian Baba tentang contoh ini. Tapi, aku ni yang malas nak hurai panjang-panjang. Rasanya, isi penting bagi entri ini telah aku letakkan. Moga ada manfaatnya daripada entri kali ini.

0 comments:

Post a Comment