
Beberapa hari lepas aku membuat janji temu untuk berjumpa dengan Ustaz Zohdi, supervisor ku untuk projek ilmiah atau tesis untuk semester hadapan. Ustaz Zohdi mencadangkan untuk bertemu dengannya di perpustakaan. Beliau berada disana untuk membuat dan mencari rujukan bagi menyiapkan tesisnya.
Bersama Ustaz Zohdi aku bertanyakan serba sedikit tentang tajuk tesisku. Apa yang perlu aku lakukan sebelum tibanya waktu untuk menulis, beberapa teknik dan contoh sebagai pengenalan sebelum aku mula menulis. Aku juga turut bertanyakannya tentang perancanganku untuk menyambung pelajaranku ke peringkat Master, melibatkan cara, bidang dan sebagainya. Ustaz Zohdi bersetuju denganku, katanya, pelajar perlu untuk mempunyai keinginan untuk terus menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dan, semuanya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Moga aku diberi kesempatan untuk meneruskan pengajianku ke peringkat Master selepas ijazah nanti. Ameen.
Tidakkah terlalu awal untuk membuat perancangan sedemikian? Bagiku tidak. Hal ini kerana, sebelum membuat sesuatu, kita mestilah mempunyai perancangan. Jadi, tidak salah rasanya aku merancang kini dan punya impian untuk menyambung pelajaranku. Aku juga telah menyatakan citaku ini kepada keluargaku tidak lama dulu. Mereka memberi kata setuju. Sehingga kini, jika aku mengadu masalah dalam pembelajaranku, mak mengingatkan: “Kata hari tu nak sambung Master..” Begitu juga kata abangku, “Eloklah nak sambung belajar, tak yah fikir sangat tentang nak membantu keluarga. Abang ada..” Begitulah lebih kurang maksud daripada kata mereka. Sekaligus mengingatkan aku dan menaikkan semangatku untuk merealisasikan impian itu.
Tidak salah kita mempunyai impian dan berusaha untuk mencapainya. Namun, ketentuan Allah itu tidak dapat dipertikaikan. Jika ada kesempatan dan izinNya, aku akan mencapainya. Jika tidak, mungkin Dia telah menentukan hal yang lebih baik buat diriku. Aku sebagai makhluk ciptaanNya hanya mampu merancang dan mengharap, disamping menerima segala ketentuanNya untukku. Wallahu a’lam.
Ya Allah,
PadaMu ku pohonkon keampunan,
Ku harapkan hidayah dan rahmatMu mengiringi kehidupanku,
Ku dambakan redhaMu di setiap sesuatu yang aku lakukan,
Aku berlindung kepadaMu daripada segala yang mengundang kemurkaanMu..
Allahumma Ameen..
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment