
Semalam (Isnin - 17/08/09), aku dan 2 orang lagi temanku, Maryam dan Diana berkunjung ke rumah Ustaz Shafie bin Lebai Hanapiah di Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang Darul Makmur. Bersama beliau kami melakukan sesi temu bual dan sedikit persoalan bagi melengkapkan kriteria-kriteria yang diperlukan bagi menyiapkan assignment untuk subjek Tarannum. Ayah Diana menumpangkan kami untuk berkunjung ke sana.
Kami pulang ke rumahku setelah kerja menemu bual itu selesai. Mak aku menyiapkan hidangan makanan tengahari untuk kami makan bersama. Keluargaku, Maryam, Diana dan ayahnya. Diana dan ayahnya pulang selepas berehat untuk beberapa ketika.
Selepas solat Zuhur, kami bersiap untuk menghantar temanku Maryam pulang ke rumahnya. Malam sebelumnya, Maryam bermalam di rumahku. Tiba di rumahnya, untuk kali pertama aku, mak dan abah berkenalan dengan mak dan ayah Maryam.
Di rumah Maryam, aku semakin mengagumi rakanku itu, ia amat baik terhadap ibu dan bapanya. Kami solat Asar di rumahnya. Keluargaku dan keluarga Maryam kemudiannya berkunjung ke rumah seorang rakan yang sama bersekolah semasa tingkatan 6 dahulu, Shafiza. Berkebetulan jarak rumahnya tidak berapa jauh daripada rumah Maryam. Ibu bapa Shafiza juga adalah kenalan ibu bapaku.
Secara ringkas peristiwa yang berlaku pada hari ini. Aku senang sekali dengan segala yang berlaku. Selain keluargaku, aku juga semakin menyayangi teman-temanku, keluarga mereka. Terima kasih kepada Yang Maha Memberi rasa dan nikmat sayang ini kepadaku. Alluhumma waffiqna fiima tuhibbuhu wa tardhaah.. Ameen.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment