
Alhamdulillah, aku berkesempatan mengetahui sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup al-Habib al-Mustafa Rasulillah SAW, melalui beberapa kutub as-Sirah. Antaranya, Sirah Ibnu Hisyam yang aku pinjam di Perpustakaan Awam Temerloh. Edisi terjemahan 4 jilid dalam bahasa Melayu memudahkan aku memahami isi kandungan didalamnya. Setakat ini, aku belum habis membacanya lagi, baru berada dalam jilid 3. Itupun setelah meninggalkan bait-bait syair yang banyak sekali diselitkan di dalam kitab tersebut.
Antara isi ceramah yang disampaikan oleh al-Habib Ali al-Jifri, mengenai riwayat hidup Rasulullah SAW, lebih tertumpu kepada saat sebelum, semasa, dan selepas kewafatan Rasulullah SAW. Kebanyakannya telah disebutkan dalam kutub as-Sirah an-Nabawiyyah. Beliau menambah dan mengulas tentang beberapa perkara.
Antaranya ulasan tentang mafhum sabda baginda Rasulullah SAW, ketika maut menghampirinya: “Ya Allah, Beratkan (sakaratul maut) ke atasku, dan ringankan terhadap umatku.. Beratkan (sakaratul maut) ke atasku, dan ringankan terhadap umatku.. Beratkan (sakaratul maut) ke atasku, dan ringankan terhadap umatku..
Kata al-Habib Ali al-Jifri:
Bagaimana hati kita tidak bergetar merindui Baginda SAW?
Bagaimana roh kita tidak terkesan dengan Baginda SAW?
Bagaimana kita lupa perintah agar mencintainya?
Bagaimana hati kita tidak terikat dalam merindui Baginda SAW?
Bagaimana hati kita tidak bergetar apabila diperingatkan tentang Baginda SAW?
Sejahteralah jasad Baginda SAW setelah melalui hari-harinya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita..
Sejahteralah jasad Baginda SAW setelah perutnya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita..
Sejahteralah jasad yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakannya disebabkan kita..
Sejahteralah jasad yang pernah dipatakan gerahamnya disebabkan kita..
Sejahteralah jasad yang pernah dilukakan dahinya dan mengalirlah darahnya lalu Baginda SAW menahannya dengan tangannya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai rahmat bagi mereka dan kita dari kemurkaan Allah..
Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipinya disebabkan kita..
Sejahteralah jasad yang mana kakinya bengkak disebabkan pengabdiannya pada Allah serta dakwah untuk kita..
Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran, keletihan, kesakitan, kelaparan disebabkan kita..
Bagaimana keadaan kamu sekalian selepas kematian itu? Adakah kamu sekalian memahaminya sebagai penghujung bagi kehidupan Baginda SAW? Demi Allah, ianya bukan begitu. Sangkaan sebegitu amat meleset sekali.
Seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar Asqalani, yang juga diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dengan sanadnya yang sahih, bahawa Bilal Ibnu al-Harith al-Muzuni sahabat Nabi SAW. Beliau telah datang ke makam Rasulullah SAW dalam masa kesulitan di zaman pemerintahan Sayyidina Umar. Beliau berdiri di sisi makam Baginda SAW dan berkata: “Ya Rasulallah, banyak yang telah binasa, mohonlah dari Allah air untuk umatmu..”
Para sahabat tahu bahawa Baginda SAW masih hidup di dalam kuburnya. Baginda mendengar selawat yang ditutur ke atas Baginda serta menjawab salam yang diucapkan kepadanya. Bagindalah yang telah berkata: “ Sesungguhnya para nabi itu hidup dalam kubur mereka.”
Baginda juga bersabda sepertimana yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim: “Pada malam Israk, aku telah melalui makam Nabi Musa.. - dan Baginda berdiri solat di dalam kuburnya - .. Kalaulah kamu semua berada di sana, nescaya aku tunjukkan kepadamu.”
Begitu juga yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad. Marwan Ibnu al-Hakam melalui makam Rasulullah SAW pada suatu malam. Beliau mendapati seorang lelaki duduk sambil meletakkan mukanya ke atas batu kuburan Rasulullah SAW sambil menangis. Marwan Ibnu al-Hakam mengingkari perbuatan sebegini. Ingkarnya terhadap perasaan manusia terhadap para solihin dan tersentuh dengan kesan peninggalan adalah sesuatu yang kita dapati pada Ahzam, iaitu sandiwara Kaum Bani Umayyah dan mereka mewarisinya. Marwan Ibnu al-Hakam, kemudiannya berpaling dan menolak lelaki itu. Beliau bertanya: “Apa yang kamu lakukan?” Lelaki itu mengangkat kepadanya. Alangkah terkejutnya apabila beliau mendapatinya adalah Abu Ayyub al-Ansari. Sahabat Rasulullah SAW.
Abu Ayyub al-Ansari RA. Sahabat Rasulullah SAW. Di rumahnya Nabi SAW berhenti ketika hijrah pertamanya ke Madinah. Baginda SAW meletakkan untanya di rumah sahabat ini.
Inilah pegangan Abu Ayyub al-Ansari RA. Apakah pegangan yang dibawa oleh mereka yang tidak diketahui oleh Abu Ayyub al-Ansari RA. Siapakah yang membawa kepada kita fahaman yang tidak dipegang oleh Abu Ayyub al-Ansari RA? Apakah kita ingin menghina fahaman yang dipegang oleh sahabat Rasulullah SAW, dan kita katakan kononnya pegangan kita adalah al-Quran dan as-Sunnah? Kita tidak menghina mereka yang berpegang pada al-Quran serta mendapat as-Sunnah secara langsung daripada Rasulullah SAW.
Marwan Ibnu al-Hakam bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari RA: “Apa yang membuatkan kamu menangis wahai Abu Ayyub?” Beliau menjawab: “Aku mendengar Nabi bersabda: Janganlah kamu berduka jika agama itu dipegang oleh ahlinya. Akan tetapi, berdukalah jika yang memegangnya itu bukan ahlinya.”
Hati manakah yang mendakwa cintakan Baginda SAW, tetapi tidak berhajat untuk menziarahinya?
Kata al-Habib Ali al-Jifri, beliau pernah mendengar beberapa mulut berkata ketika hampir musim haji dengan kekerasan dan hati mereka diselubungi kegelapan. Katanya: “Ziarah Nabi bukanlah daripada rukun, perkara wajib, atau syarat-syarat haji begitu juga perkara sunatnya.” Apakah maksud di sebalik kata-kata sebegini? Adakah maksudnya supaya Baginda SAW tidak diziarahi? Kami pun tahu bahawasanya ini bukan rukn haji, atau syarat ataupun perkara wajibnya. Akan tetapi, ianya adalah rukun, perkara wajib serta syarat kasih sayang.
Seseorang itu berdusta jikalau mendakwa dirinya mencintai Rasulullah SAW, dan dia pergi ke sesuatu tempat yang berhampiran dengan Baginda SAW , akan tetapi tidak terlintas dihatinya untuk menziarahi Nabi SAW untuk berkata kepadanya: “Allah membalasmu dari kami dengan kebaikan.”
Kamu tidak perlu pergi. Baginda SAW pun tidak memerlukan ziarah darimu. Allah Taala sentiasa memerhatikan Baginda SAW.
Apakah jenis hati umat yanf tidak mengenali kemuliaan baginda?
Kalaulah dilaungkan selawat ke atas Baginda SAW atau perhimpunan untuk selawat, ada yang mengatakan: “Ini bid’ah! Janganlah berselawat ke atasnya.”
Jikalau Nabi SAW dipuji, mereka akan berkata: “Janganlah berlebihan atau memuja-muja.”
Kalau dibicarakan tentang kerinduan terhadap baginda, mereka akan berkata: “Cintakan Baginda adalah dengan mengikutinya, janganlah berlebihan dalam kerinduan.”
Akan tetapi, objektifnya di sini. Adakah objektif supaya kecintaan terhadap Baginda SAW bertukar pada zahirnya sahaja tanpa apa-apa pengertian? Cinta itu dihati dan ikutan itu menguatkannya.
Memang benar. Ada sesetengah mendakwa bahawa dia cinta tetapi tidak mencontohi Baginda SAW. Dia khianati dalam dakwaannya. Cuai dalam percintaannya. Merosakkan hubungannya dengan kekasihnya. Bagaimanakah kamu mencintainya sedangkan kamu tidak menyanjung sunnah dan adah-adabnya?
Akan tetapi, cinta itu juga bukan semata mencontohinya. Kekadang aku mencontohinya kerana takut, tamakkan sesuatu, menjaga perasaan atau malu. Bukannya kerana kasih sayang. Cinta itu adalah perasaan di dalam hati. Ini membuatkan tuan punya hati itu mencontohi setelah itu.
Menziarahi makam Rasulullah SAW dengan adab-adabnya bukanlah syirik sepertimana yang disangkakan oleh mereka yang jahil. Inilah kesederhanaan yang kita ketahui dan disedari para ulama’. Perbahasan mengusap-usap di atas makam itu dari segi adabnya, bukannya menjejaskan aqidah. Aqidah itu tidak ditinggalkan oleh Nabi SAW kepada kita, melainkan setelah Baginda SAW perkemaskannya. Kita bimbangkan syirik dan cabang-cabangnya. Inilah penipuan terhadap Allah dan RasulNya. Nabi SAW bersabda dalam Hadith Sahih yang diriwayatkan Imam Bukhari: “Aku tidak bimbangkan kamu akan berlaku syirik selepasku”. Dalam sesetenga riwayat Imam Bukhari yang lain: “Sesungguhnya aku demi Allah tidak bimbangkan kamu akan berlaku syirik selepasku”.
Baginda SAW tidak bimbangkan kita dengan syirik, dan mereka yang datang selepas itu berkata: “Kami bimbangkan kamu akan berlaku syirik”. Katakan: “Tinggalkan kebimbanganmu untukmu sahaja. Allah tidak memberitahu kami bahawa engkau benar-benar menjaga perihal kami. Akan tetapi, Allah memberitahu kami bahawa Sayyidina Muhammad SAW yang benar-benar menjaga perihal kami. Orang yang benar-benar menjaga perihal kami berkata: “Demi Allah, aku tidak bimbangkan kamu akan berlaku syirik selepasku
Pada salah satu riwayat Imam Bukhari: “Akan tetapi, aku bimbangkan dunia akan dibentangkan kepadamu. Kamu akan merebut-rebutnya sepertimana telah dibentangkan kepada mereka yang sebelum kamu. Kamu akan merebutnya sepertimana mereka merebut-rebutnya. Ia akan memusnahkan sepertimana ia memusnahkan mereka.
Baginda Nabi SAW bersabda, “Aku tidak bimbangkan kamu akan berlaku syirik, tetapi akan bimbangkan kamu dengan dunia”. Daripada berlumba-lumba pada dunia. Daripada menjual agamamu demi dunia. Daripada menjual akhlak, dasar, kemuliaan, istiqamah, dan adatmu yang mulia demi dunia. Inilah yang dibimbangi Rasulullah dengan kita. Baginda tidak bimbangkan terhadap kita dengan gambaran syirik dan sebagainya. Apalah digembar-gemburkan oleh mereka tentang syirik sedangkan mereka membiarkan manusia berpaling ke arah dunia.
Baginda SAW, walaupun telah meninggalkan dunia tetapi baginda masih hidup. Apakah habuanmu daripada kehidupannya?
Kalaulah kamu memohon ikatan kehidupanmu bersama Allah, manakah ikatan dari kehidupan Baginda SAW dalam dirimu?
Jikalau Nabi SAW itu hidup pada hatimu, dengan kecintaan dan penghormatan dan sebagainya,
Jikalau Nabi SAW itu hidup pada dirimu, dengan membiasakan sunnah dan adabnya,
Jikalau Nabi SAW itu hidup pada dirimu, pada merindukannya dengan berakhlak dengan akhlaknya,
Jikalau Nabi SAW itu hidup pada dirimu, dengan membawa kegigihannya bersama Allah, dengan membawa kegigihannya dan dia gigih berkhidmat terhadap umatnya.
Nescaya Nabi SAW itu akan hidup pada dirimu.
Rasulullah titidak berhajatkan majlis untuk menceritakan bahawa Baginda SAW hidup. Akan tetapi wahai saudaraku, kita semua yang berhajat untuk mengetahui kehidupan Rasulullah SAW. Ini untuk memperbaharui kehidupannya dalam diri kita.
Matamu ini, hidupkannya dengan kehidupan mata Baginda SAW. Janganlah engkau lihat kepada perkara haram. Telingamu, hidupkannya dengankehidupan telinga Baginda SAW. Janganlah mendengar dengannya perkara haram. Jangan engkau tuturkan dengan lidahmu melainkan ianya menyebabkan engkau bertemu dengan Rasulullah.
Jikalau Nabi SAW itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak boleh memutuskan silaturrahim yang Baginda SAW larang.
Jikalau Nabi SAW itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak sanggup makan sesuap benda halal walaupun ianya seluruh dunia ini.
Jikalau Nabi SAW itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yang binasa berbanding yang kekal.
Nescaya kamu tidak cemarkan hatimu yang hidup dengan Rasulullah SAW dengan maki hamun aataupun sikap membenci walaupun terhadap orang yang mencacimu atau menyakitimu.
Jikalau Nabi SAW itu hidup pada hatimu, masa itu tidak akan berlalu melainkan engkau akan memohon rahsia kehidupan dengan mengingati Allah Taala.
Pohonlah perkara sebegini dan hidupkanlah dengannya rumahtanggamu bersama sunnah Rasulullah SAW.
Hidupkanlah masjid-masjidmu dengan kalam Allah (al-Quran).
Hidupkan jalan-jalanmu dengan adab-adab Rasulullah SAW.
Hidupkan pasar-pasarmu dengan adab serta hukum-hakam Rasulullah SAW.
Ya Allah, hidupkan kami dengan kehidupan kekasihMu
Ya Allah, hidupkan hati kami dengan kehidupan hati kekasihMu
Ya Allah, hidupkan roh-roh kami dengan kehidupan roh kekasihMu
Ya Allah, hidupkan keperibadian kami dengan hidupnya keperibadian kekasihMu
Ya Allah, hidupkan akal-akal kami dengan kehidupan akal kekasihMu
Ya Allah, hidupkan jasad kami dengan adab, sunnah dan hukum-hakam kekasihMu
Ya Allah, hidupkan seluruh diri kami dengan kehidupan seluruh diri kekasihMu
Sehinggalah kami melalui dengan kehidupannya atas kehidupan kalamMu
Maka kami hidup dengan kalam dan kitabMu
Kemudiannya kami hidup dengan semua itu beserta ikatan kami denganMu
Wahai Yang Maha Hidup lagi Menghidupkan, Penggerak bumi dan langit.
Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati, mensyukuri serta beribadah kepadaMu dengan sebaiknya
Ya Allah, lihatkanlah bagi kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan jadikanlah kami pengikutnya
Ya Allah, lihatkanlah bagi kami kebatilan itu sebagai kebatilan
Ya Allah, ampunkan kami dengan taubat nasuha
Bersihkan kami dengannya pada tubuh badan, hati dan roh kami
Ya Allah, ampunkan kami pada apa yang telah lalu
Peliharalah kami untuk apa yang masih ada ini
Ya Allah, pelikaralah kami dan layanilah kami
Ya Allah, letakkan kami pada jalan mereka yang dicintai
Hidupkan kami dengan kehidupan mereka itu
Matikan kami dengan kematian mereka
Himpunkan kami pada hari kiamat bersama ketua orang-orang dikasihi
Ya Allah, hidupkan kami dengan mencintainya
Ya Allah, hidupkan kecintaannya dalam hati kami
Ya Allah, hidupkan cahayanya dalam batin kami
Hidupkan hidayahnya pada zahir kami
Hidupkan perjalanannya dalam rumahtangga dan kehidupan kami
Ya Allah, janganlah engkau tanggalkan dari hati kami cahaya ikatan dengan Sayyidina Muhammad SAW.
"Dan cukuplah kematian, Jadi satu pengajaran.."
Blog Pilihan
Blog Pilihan_2
Blog Rakan
Arabic Website
Resepi Pilihan
Bloggers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment